Monday, May 25, 2015

Hari Kedua Di Korea #KeKoreaKeKita

Second Days!

#KeKoreaKita

Selamat pagi..Anyeong!

Sekejap je masa berlalu..dah masuk hari kedua aku dan rakan2 ku berada di negara k-pop ni..huhu, tak pe lah..teruskan aktiviti untuk hari kedua..yeahhh!!!

Nak tahu tak kemana kiteorang pergi hari kedua ni?? nak tahu tak? nak takk?? apa?? x dgr....nak?


okeyhh..hari ni keteorang mcm biasa breakfast + melantak puas2 dekat guesthouse..kenyangg bebb..
lepas semua dh memenuhkan perut masing2..kami pergi ke "kunci cintaku dimenara" (Namsan tower).

Dekat menara ni kiteorang sebulat suara nak merasai mendaki bukit namsan ni.. "yang mana tak larat mendaki boleh lah naik cable car" bayaran cable car dalam 8000 won, tht why kiteorng mendaki..save bajet woiii!!..

Nak cerita siket pengalaman mendaki namsan ni..untuk mendaki jgn risau..diorang dah sediakan laluan untuk mendaki siap ada tangga lagi tuhh...tapiii,tangga die beribu2 anak tanggala.... first kalau mendaki korang jangan tunjuk hero dengan orang sana..sebab ap? sebab orang tua2 dlm lingkugan umo 50 keatas steady je jalan naik atas tuh..tanpa rehat.., Aku yang muda lagi bergaya pun penat.. kehkehkeh


Dalam gambar nampak senyum je..walhal penat dia macam *****, Masa kiteorang naik ramai budak2 tempatan sana naik jugak..aku syak diorng ni buat lawatan sekolah kott...kot laa, ramai semacam...waktu ni dalam pkul 10.30 walaupun penat tak berpeluh pun sebab sejuk..

okeyh..kita terus ke cerita di atas sana,..sampai saja dekat atas..mak oii,ramai orang rupanya makcik2,pakcik2,atok2,nenek2 semua ada...apa lagi, bergambar la kita di atas bersama kekunci2 cinta yang korang suka sangat tuh...

Selepas dah bergambar semua,dah rehat2 kan kaki kiteorang turun dan meneruskan pergi ke tempat2 yang telah aku tulis dalam intenrary iaitu Itaewon.

Itaewon adalah tempat dimana ramai foreigner datang untuk menetap mahupun melancong...dekat area situ banyak makanan halal so boleh la kitaorang menambahkan balik kalori yang dh abis dibuang masa mendaki tadi....Sana ramai orang Malaysia, indonesia, arab..so aku tgk amer dengan mel dah macam biawak hidup,aku pergi sebuah restoran arab..
"sorry gambar x de"

Lepas makan,kitaorang pergi masjid.Kalau korang nak tahu masjid di itaewon lah salah satu masjid di seoul..nak tgk?




Muka suci je lepas solat..hehe, okeyh..now! tibanya untuk destinasi seterusnya...

Cheonggyecheon stream!

haa..tempat ni pun boleh tahan lawanyaa..,bila 
malam berlampu gituu..



Tempat ni adalah tempat lepak2 ada sungai yang mengalir..panjang juga sungai ni..cantik sangat, siapa x pergi rugiii..:D :D

Okeyh kiteorang pun dah penat sangat...nak balik guesthouse nak manjakan badan...sambung keesokan hari..

Sunday, May 24, 2015

Trip To Korea!! #KeKoreaKeKita

Annyeonghaseyo!!



Assalamualaikum,...


Haaa...kali ini entry aku bertajuk #KekoreaKekita
kalau dah tajuk pun ada nama korea, kemana lagi kita kan? hehe..

Okeyh..seperti biasa aku malas nak buat intro panjang2 sebab biasa la, orang kito malas membaco ("sesetengah orang")...orait jom aku mulakan cerita daku berpijak di negara maju iaitu KOREAAAA!!!



First Day!

pada 14 may 2015 macam biasa hati berdebar2 nak melangkah ke negara maju ni..tapi x pee..wat lek wat peace...setibanya di klia2 pukul 4.30 pagi terus aku call amer ingtkan die x sampai lagi yelakan duduk jauh tuh tanjong karang.. haaa...nasib baik lah die yang paling awal sampai tapi yang jadi masalahnya sekarang si comel a.k.a Hazeq lambat pulak sampai... then dalam pukul 6.40 kami bertiga berkumpul, yeee..kami bertiga! bertigaaa! tiada agent tiada tour guide...Kami lahh backpackers! haha..

               Muka pagi bro, standrt laaa...

okeyh bila lepasnya check in luggage, passport imegresen semua macam biasa activiti kiteorang usyaaa stewerd airasia..hehe :D

haaa..ni aku nak ingatkan kepada korang yang naik airasia yang nak berjalan berjam2 berbatu2 jauh tuh anda lebih baik beli makanan, sebab apa? Terliuq bak hang bila semua makan "nasi lemak" pergghh..bau die rasa perut berkeroncong..hmmm

setelah mematong,membeku hampir 6 jam 20 minit didalam cabin akhirnya captain mengumumkan landing time,terus segar megar aku...pukul 3.40 ptg suhu kat sana dalam 17°C  sejuk gak la...

Selesai je imegresen semua.."nseb baik lepas beb" diorng straight sket!..terusss dan teruss kiteorng pergi ke 7 eleven beli T-money card dan Susu pisang...lapar beb!.


Dari incheon Airport ke guesthouse kiteorang memilih BAS 6011 untuk ke sana..anda boleh memilih pengangkutan kegemaran anda Subway,teksi.. :D
Dari airport ke seoul makan masa 1 jam..

Then dengar je pengumuman NAMDAEMUN MARKET!
Terus kami menjejakkan kaki di seoull!! fuhh..sejuk rasanya..dan tanpa melengahkan masa terus mencari guesthouse sebab dah penat kan..nak rehat,malam nak berjalan lagi..:D



Pada sesiapa yang badan agak berat tuh, ada baiknya anda naik teksi nak ke guesthouse ni..sebab tempatnya berbukit2.. #BeringatSebelumKena

Nak tahu harga guesthouse jgak ke? layari laman sesawang mereka... 

Malam sudah jelma. kiteorang dinner dulu..nak tahu dinner apa? nahh tgk laa..


Maggie dan rotii...siankan? x pee..hari lain kite cari nasi..oke geng?

Malam tepat pkul 8.30 kiteorang terus ke myeongdong, tak jauh mana pun dengan guesthouse kteorang dalam 15 minit sampai..Then cuci mata dekat situ laa...apa lagii mau tungguuuu..





Wednesday, February 11, 2015

Trip to Singapore

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!, Selamat Petang!, Selamat Malam!.,

Tiba2 rasa nak update pulak tentang percutian di Singapore ni... Sebenarnya trip to singapore ni dah lama sgt kalau tak silap tahun 2012 kot..hehehe lama kan?..

Tapi macam biasa lah,.dah lama rasanya x ke negara2 lain ni..InsyAllah tahun ni klau tiada aral melintang aku akan melangkah Dua buah negara.. Nak tahu kemanakah kita Tahun ni?..tunggguuuuuu......

Oke! Cakap banyak pun tak guna..Let's go bebeh kite ke Singapura... Tarik Nafas!! hembus!..fuhhhh



  1. First of all,. yang mana Backpackers mcm aku ni..pastinya korang dah stanby dengan ticket flight korang.,dan yang mana dengan agency tuh kasi duit then goyang kaki (Semua Diuruskan)...Paling penting Passport dan Duit!
Singapore money


Hari pertama aku berada disana..macam biasalah sampai2 sahaja di Changi Airport..tiba2!! "WOWW" cantiknya airport diorang..besar la jugakk... nak tgk?



Then tanpa buang masa jam pun dah lewat malam...aku cari teksi, btw buat pengetahuan korang teksi kat sana mudah didapati dan tak perlu ragu2 sebab semua teksi ada meter...HehehE!! terus aku menuju hotel ... aku stay dekat hotel 801 kalau x silap laa... almaklumla dah lama pergi..dekat Geylang road.

Sebenarnya aku dah lupa itinerary sepanjang aku berada dekat sana..TETAPI!! aku cerita sedikit tempat2 yang aku lawati dekat sana...

Dekat sana korang tak perlu takot..sebab sana macam pulau pinang jeee..pusing2 jumpa jugak, dan kalau boleh korang gunakan MRT diorang untuk backpackers mcm aku..

okeyh lah..itu jelah stakat ini crita trip kite..nnti lain hari aku update lg yee.. :D



Thursday, January 8, 2015

Pengalaman Latihan Industri

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Nak cerita sikit tetang pengalaman aku Practical (Latihan Industri) ni..
Sebelum tu, nak habaq awai2 kepada semua yang nak mencari atau tengah mencari tuh, carilah tempat practical tuh yang betul2 ada dalam bidang yang kita amik. yelakan takot2 kita ni dibuat kerja lain daripada yang lain pulak.. nak cari ada alaun atau tak ada itu terpulang kepada anda semua.. :D

Okeyh now! aku nak cerita dari mula aku memohon prctical ni, sejujurnya banyak tempat aku pohon kalau tak silap hampir 5 tempat tapi malangnya masing2 ada alasannya tersendiri..nak tahu apa alasanya?

1- manager kami bercuti laa...bla..bla..bla..
2- nanti kami informkan balik..bla..bla..bla..
3- nanti dalam seminggu kami call.. setelah 2 minggu? krik krik krikk....
4- nanti kami emailkan semula yee..terima kasih!..... krik..krikk..krik jugakk..

Haaa..itu la alsanya, tapi tanpa putus asa, aku mencari jugak! yelakan kalau tak practical tak boleh grad oiii... aku masih mencari syarikat2 yang ada dalam bidang IT ni almaklumla aku amik bidang IT, sebenarnya banyak Syarikat yang menawarkan bidang2 IT ni just pilih sahaja tapi mestilah nak yang terbaik..mana lah tahu dapat kerja terus kaa.. :)))

Punya lah mencari akhirnya aku dapat dua syarikat skali gus, adoiii..Pening jugak lah nak memilih pulak..sebelum ni Pening sebab tak dapat so nah sekali dua dapat...tapi tak megapa aku buat keputusan memilih satu syarikat ni, sebab dekat dengan rumah,makan pun tak perlu pikirkan sangat...hehe

Ajwad Resources Sdn Bhd. adalah syarikat yang aku pilih untuk membuat latihan industri selama 5 bulan ni. Alhamdulillah sebab dapat syarikat yang 100% bumiputra . Syarikat ni tak jauh mana pun,berdekatan kajang,bangi dan putrajaya nak lebih info korang boleh google jee nama syarikat tuh, kalau malas tahap gaban meh Click sini :) btw syarikat ni adalah syarikat IT so yang mana bidang IT boleh laa try.. okeyh?

Syarikat ini korang jangan risau mcm aku dapat elaun..tapi klau korang tak tahu lerr..hehe
InsyaAllah dapat jangan risau la..sini boss semua baik2 enjoy dengan kerja masing2 saling bantu membantu so rugi la kalau tak try..

Okeyhlah itu saja yang sempat aku kongsikan dengan korang kalau nak tahu lebih lanjut nanti aku update baru.. ada kerja sikit nak dibuat, so jangan malu jangan segan nak memilih tempat LI yang terbaik bagi korang.. bye!