Wednesday, December 31, 2014

Bercuti di Pulau Pangkor!

Assalamualaikum...

First of all, sebenarnya dah lama tak bukak or Update blog ni sangat2 lama dah berhabuk dah.. tapi itu tak menjadi masalah untuk aku menghidupkan kembali blog ini..hehe:)


Okeyh now, aku nak cerita sedikit tentang pengembaraan aku dan rakan2 semasa semester 5. kami semua plan after final exam kami nk pergi bercuti ala-ala backpacker la katakan, plan punya la plan akhirnya semua memberi respond yang positif untuk join bercuti. Akhirnya kami memilih tmpat bercuti di PULAU PANGKOR!! terletak di negeri PERAK!!!.

Tanggal 29/10/2014, Bermula lah perjalanan kami dari rumah sewa yang terletak di sabak bernam, kami semua bertolak pukul 7.30 pagi semangat membara la katakan.. Dari sabak bernam mengambil masa 1jam 30 minit untuk sampai ke jeti, nama pun berkonvoi semua slow and steady jee yang penting selamat!.

Kami semua sebelum bertolak


Sampai sudah di jeti, yang lain2 ada yang dh naik feri meninggal aku dan selebihnya

Tambang untuk naik feri seorang hanya RM10 untuk pergi balik, tak tahulah klau sekarang dah naik harga., dan siapa2 yang bawak moto macam kami dikenakan cas RM10 untuk naik moto atas feri rasa berbaloi tak??
Tudiaa,moto sudah diangkut atas feri..

Jam menunjukkan pukul 12 tgh hari.,masih menunggu feri bergerak sebab jadual prjalanan feri pukul 12.30 so kita sabar jelaa..
Akhirnya sampai jgak kiteorng dekat pulau pangkor, then macam biasa cari chalet dulu badan pun dah rasa penat.,...ZzZzZZzz tido dlu..

pukul 3.30 ptg kami semua bersiap untuk makan lunch lapar punya pasal sambil tuh pusing2 satu Pulau org kata sambil menyelam minum air..



Oh lupa nak bagi tahu.,kami menginap di chalet inn pangkor memang berpatutan untuk backpacker mcm kami klau untuk honeymoon tuh kureng sket laa..hehehe.

Petang pun sudah menjelma pukul 5.30 ptg kami membuat keputusan untuk pergi snorkeling murah sahaja RM15 seorang.

Terserlah keceriaan mereka

Malam pun sudah jelma.. mcm biasa kami semua buat BBQ tepi pantai dengan adanya bunyi air laut,bertemankan cahaya bulan, dan dihiburkan dengan warung2 mini yg ada tepi pantai..gambar BBQ tiada untuk ditayangkan ,gelap la,almaklumla malam kan..sorryy :(

keesokkan harinya pagi, kami semua sempat la berendam di laut yang begitu jernih airnya dengan beberapa "matsalleh" yang berjemur sebelum kami chek out untuk pulang...sungguh indah pemandangan Nak tgk?? nah tgk la..

Indah kan??

Jam pun menunjukkan hampir pukul 11.30 amboi lamanya berendam kan..x pe lah sekali sgala. Okeh masing2 pun dah bersiap untuk chek Out pukul 12.00 tgh hari. Terserlah kegembiraan diwajah masing2 walaupun kami bercuti 2 hari 1 malam sangat puas hati, tak percaya? nah tgk bawah ni..... ->





Finally terhajat juga kami semua untuk bercuti sama-sama ke Pulau Pangkor, yelakan lepas ni masing2 buat hal sendiri nak jumpa berkemungkinan besar dah susah..so dengan ini, kami dapat juga bercuti bersama. Haaa..lupa nak bagi tahu kalau korang rajin nak tgk video pengembaraan kami ni boleh tgk  di youtube : Tekan sini untuk melihat video


Semoga selamat terhibur dengan video ini..Sesiapa yang nak pergi dengan kawan2 korang tuh bajet korang simple2 je tak lebih RM300 pun...asalkan Happy!!



SELAMAT BERCUTI SEMUA.. :)))))